TIPS HIAS RUMAH GAYA GALERI
Hi Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan pagi tadi. Anne nak kongsi tips hias rumah gaya Galeri. Biasanya, di setiap galeri akan mempunyai konsep-konsep yang berbeza tetapi prinsip asasnya sama. Minimum tapi praktikal. Fokus harini, Bilik Tidur. Anne akan cadangkan mengikut pemerhatian Anne kepada galeri2 yang Anne station. 1. Pemilihan Perabot di dalam bilik Apa yang WAJIB ada? Katil, Almari. 2 ini paling penting. Kalau ada ruang lebihan. Baru letak meja solek, meja tepi katil atau meja kerja. Ikut keperluan penghuni. Macam Anne, Anne pilih meja kerja. Telekung dan tuala? Pasang pengantung di belakang pintu / di dinding. Ianya lebih kemas. 👉 Cadangan Anne > Kedudukan Almari, ditempat terlindung dari pandangan semasa membuka pintu bilik. Efek bilik lebih luas. 2. Pemilihan warna perabot dan dinding ~ Tadi perabot kan? Nak pilih warna apa ek? Haaa kebanyakkan galeri akan guna warna2 asas. Macam putih, solid hitam, corak kayu. Ada yang gunakan kaca. Kenapa pilih warna ...