Posts

Showing posts from May, 2020

Pelan Nak Beli Rumah, Baca Ini Dulu (Siri 2)

Image
Hi Assalamualaikum. Masih ingat 3 poin yang lepas? 1. Bincang dengan Ahli Keluarga. 2. Belajar Urus Duit 3. Semak kelayakkan maximum pembelian Jadi kali ini kita akan ke poin seterusnya, 4. Pilihan Lokasi yang hendak dibeli Jika sudah berkeluarga, pilih yang berdekatan dengan tempat isteri bekerja. Kenapa? Sebab isteri perlu lebih rehat untuk mengurus keluarga. Jika isteri kerja jauh, isteri akan lebih cepat penat. Jadi biarlah suami gagah perkasa berkorban jauh sedikit. Selain itu, perlu juga difikirkan tentang konsep 5 tahun. Anne ada terangkan di post yang ini > https://therumahjdt.blogspot.com/2020/05/rumah-beli-atau-sewa-sahaja.html . Kenapa tempoh 5 tahun perancangan kita ambil kira semuanya Anne ada jelaskan disitu. 5. Rumah Baru? Atau Subsale? Terdapat pelbagai pilihan rumah yang awak boleh pilih. Ada rumah yang masih dibina, ada yang baru sahaja diberi kunci dan ada juga yang dijual orang pemilik lama. Rumah-rumah ini, ada sahaja peminatnya. Contoh nya...

Cuba tinggal sebelum beli?

Image
Haaa macam mana nak tinggal kalau rumah nya belum siap? Atau tempat tu kawasan yang baru? . Ini cerita pembeli. Beliau orang Singapura. Setiap hujung minggu, mesti dia akan datang Johor Bahru untuk makan seafood. Isterinya suka pergi pasar dekat Pontian sebab ikan segar baru naik daripada laut. (Anne pun suka pergi. kalau pergi, memang akan borong lebih-lebih) . Jadi, sebab dia boleh makan kat sana, tapi tak boleh bawak balik ke Singapura, maka dia merancang nak beli rumah dekat bandar. Jadikan sebagai rumah kedua. Keluarga dia boleh datang lepak hujung minggu. Buat makan-makan katanya.  🥂 🍡 🍢 . Lupa pula, nama dia Mr Alex. Mr Alex ni, dah berumur dah. Anak pun dah besar-besar. Dia berminat dengan projek SH. Masa mereka datang galeri, projek baru siap dalam 50%, jadi dia booking hotel yang betul2 sebelah tapak projek SH. Anne tanya dia, kenapa encik duduk hotel? Sedangkan Singapura bukan jauh pun. Dia cakap nak dapatkan 'Feel' dan isterinya nak membeli-belah sikit. . ...

Pelan Nak Beli Rumah, Baca Ini Dulu (Siri 1)

Image
Hi Assalamualaikum, Hari ini Anne nak kongsi beberapa perkara perlu awak buat sebelum membeli rumah. Sebab beli rumah ini melibatkan komitmen selama 30/35 tahun. Jadi perlunya awak buat timbang-tara yang baik sebelum memulakan proses pembelian. Ada banyak bahagian sebenarnya, tapi Anne nak fokuskan kepada bahagian sebelum membeli. Maksudnya, sebelum awak letak booking fees/wang pendahuluan. . Sebelum itu, Anne kenalkan diri sikit, Anne lepas grad terus kerja dalam bidang hartanah, fokus di Johor Bahru. Kebanyakkan kes Anne adalah melibatkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan orang Singapura (IC Merah). . Jadi jom kita mula. . 1. Bincang dengan Ahli Keluarga. Awak kena bincang dengan famili, isteri atau suami dan adik-beradik. Kenapa? Sebab diaorang adalah orang yang dekat dengan awak. Contohnya, Isteri cakap tak payah beli dulu. Awak boleh tanya dia, kenapa. Apa sebab yang munasabah dan sebagainya. Kadang kita rasa, macam dah ok untuk beli rumah tapi mungkin famili ada pe...

Jangan Malu Duduk Flat

Image
Bila sebut budak flat, atau rumah di flat. Kita akan terbayang-bayang, Kotor:Berbau:Masalah Sosial:dan Pelbagai tanggapan negatif lain lagi. Tapii Tahukah anda? Sebenarnya atas diri sendiri. Sebagai orang yang duduk dekat flat. Anne bersyukur ada tempat teduhan kecil dan alhamdulillah selesa. Dekat mana pun kita, diri kita yang tentukan. Rumah kecil, kalau kemas pun selesa. Rumah kecil, kalau kita punya lagi berganda bahagia. Haaa kalau nak cari rumah yang selesa, harga patut, lokasi dalam bandar, sila tekan link dekat bawah. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh hubungi Anne. Boleh WhatsApp Anne ☎  No Phone: 017-7388698 📱  Whatsapp:  https://wa.me/60177388698 🤖  FB:  m.me/therumahjdt . Anne Aziz Perunding Hartanah Kegemaran Awak # OrangTenangMenang # therumahjdt

Rumah: Beli atau Sewa sahaja?

Image
Hari ini Anne nak kongsikan tentang Rumah: Beli atau Sewa sahaja? . Anda mungkin terfikir, perlu ke tak beli rumah dulu, atau sewa jela dulu dan akhirnya pening kepala. Jadi kali ini Anne nak kongsikan sedikit carta alir, Untuk Bantu anda buat keputusan sama ada untuk beli rumah atau sewa sahaja dahulu (Sambil2 kumpul deposit rumah impian). . Pertamanya, anda perlu jelas, kemana arah anda dalam masa 5 tahun terkehadapan. Adakah anda merancang untuk duduk disitu lebih daripada 5 tahun >>> Jika Ya, adakah kedudukan kewangan anda stabil pada masa sekarang? >>> Jika Jawapan anda masih Ya, kemudian anda semak kemampuan bulanan untuk bayaran bulanan kepada bank, cukai berkaitan harta, adakah anda punyai deposit dan kos-kos untuk memiliki sebuah rumah dan jika anda mempunyai semua ini, MAKA; Anda boleh terus booking rumah dikawasan yang anda rancang untuk duduk. . Jika anda berada dalam situasi tidak pasti, untuk duduk dikawasan tersebut berapa lama, sebagai contoh, and...