Cuba tinggal sebelum beli?

Haaa macam mana nak tinggal kalau rumah nya belum siap? Atau tempat tu kawasan yang baru?
.
Ini cerita pembeli. Beliau orang Singapura. Setiap hujung minggu, mesti dia akan datang Johor Bahru untuk makan seafood. Isterinya suka pergi pasar dekat Pontian sebab ikan segar baru naik daripada laut. (Anne pun suka pergi. kalau pergi, memang akan borong lebih-lebih)
.
Jadi, sebab dia boleh makan kat sana, tapi tak boleh bawak balik ke Singapura, maka dia merancang nak beli rumah dekat bandar. Jadikan sebagai rumah kedua. Keluarga dia boleh datang lepak hujung minggu. Buat makan-makan katanya. 🥂🍡🍢
.
Lupa pula, nama dia Mr Alex. Mr Alex ni, dah berumur dah. Anak pun dah besar-besar. Dia berminat dengan projek SH. Masa mereka datang galeri, projek baru siap dalam 50%, jadi dia booking hotel yang betul2 sebelah tapak projek SH. Anne tanya dia, kenapa encik duduk hotel? Sedangkan Singapura bukan jauh pun. Dia cakap nak dapatkan 'Feel' dan isterinya nak membeli-belah sikit.
.
Cerita tentang cuba tinggal sebelum beli ini, Mr Alex ada bagi beberapa poin kenapa mereka buat macam tu.
.
🏡 Nak rasa waktu pagi dekat kawasan tersebut. Matahari pagi menghadap mana? Panas tak udara dalam rumah? Sebab bila nak jadikan rumah kedua - duduk lepas pencen. Maknakata, mereka akan habiskan banyak masa di rumah. Dan dalam kalangan masyarakat Cina, mereka amat mementingkan fengshui.
🏡 Nak tengok jalan keluar masuk ke rumah. Sibuk ke tak pepagi. Ada orang ke tak? Komuniti pagi? atau sunyi sepi?
🏡 Petang-petang waktu orang balik kerja, macam mana keadaan sekitar, Ok ke tak untuk duduk situ. Tinggal dengan famili?
🏡 Jalan-jalan dikawasan sekitar. Tengok dekat mana ada kedai runcit, ada jual makanan pagi. Dekat mana pasar basah paling dekat. Senang tak dapat Grab nak kemana-mana. Rate mahal ke murah. (Yang ini, mereka cakap ada kedai roti canai sedap. Syok katanya lepak situ. Petang-petang boleh makan laksa pula dekat area Stulang. Heaven katanya)
🏡 Bunyi. Dengar bunyi kawasan situ. Ada dengar bunyi kereta lalu lalang yang kuat ke, - Yang ini Mr Alex cakap, sebab dia memula pilih hotel betul2 sebelah pembinaan, maka dia dengar la bunyi ketang-kitung tu. Jadi, lepas dia jumpa Anne, dia pergi check-in hotel lagi satu. (Yang ini masih satu lorong, cuma jauh sikit)
🏡 Tengok Coverage internet bagus ke tak. Coverage line dua-dua negara. Sebab SH ni memang menghadap Selat Melaka. Nampak Singapura tu.Anne punya line dulu selalu ter'auto roaming. 😌
.
Kesimpulannya, Mr Alex dan isterinya suka kawasan SH. Mereka duduk hampir 4 hari untuk rasa pengalaman tempat yang mereka hendak beli. Dan mereka beli seunit, 2 bilik tidur 2 tandas, 8++sqft dengan harga RM5xxK, betul-betul menghadap Singapura, dan sesuai dengan budget dan citarasa mereka. Mereka Gembira, Anne pun gembira.
.
Ini cerita pembeli yang cari rumah kedua dibawah program Malaysia My Second Home. Dan memang dia jadikan Malaysia Rumah Kedua mereka. Sebab itu mereka pilih betul-betul. Apa cerita rumah anda? Cuba kongsikan dekat bawah?
.
Ada banyak lagi #CeritaPembeli yang nanti Anne kongsikan untuk anda semua jadikan panduan. Ada cerita tentang fasiliti juga.
.
Dan kalau nak tahu tentang rumah dekat area Johor Bahru. Jangan malu jangan segan, meh whatsapp Anne.
www.wasap.my/+60177388698
www.wasap.my/+60177388698
.
Jaga diri baik-baik. #DudukRumah #KitaJagaKita #LawanCovid #KitaMestiMenang
.
Anne Aziz
Perunding Hartanah Kegemaran Awak
#OrangTenangMenang
#therumahjdt #BacaanPKP
#CeritaPembeli #Feedback


Comments