TIPS HIAS RUMAH GAYA GALERI
Hi Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan pagi tadi. Anne nak kongsi tips hias rumah gaya Galeri.
Biasanya, di setiap galeri akan mempunyai konsep-konsep yang berbeza tetapi prinsip asasnya sama. Minimum tapi praktikal. Fokus harini, Bilik Tidur. Anne akan cadangkan mengikut pemerhatian Anne kepada galeri2 yang Anne station.
1. Pemilihan Perabot di dalam bilik
Apa yang WAJIB ada? Katil, Almari. 2 ini paling penting.
Kalau ada ruang lebihan. Baru letak meja solek, meja tepi katil atau meja kerja. Ikut keperluan penghuni. Macam Anne, Anne pilih meja kerja. Telekung dan tuala? Pasang pengantung di belakang pintu / di dinding. Ianya lebih kemas.
👉 Cadangan Anne > Kedudukan Almari, ditempat terlindung dari pandangan semasa membuka pintu bilik. Efek bilik lebih luas.
2. Pemilihan warna perabot dan dinding
~ Tadi perabot kan? Nak pilih warna apa ek? Haaa kebanyakkan galeri akan guna warna2 asas. Macam putih, solid hitam, corak kayu. Ada yang gunakan kaca. Kenapa pilih warna asas? Sebab senang nak matching2 nanti.
Kadang kita tengok, dekat kedai perabot, pintu almari ada warna merah la, biru la. Tapi dekat galeri, memang tak ada yang guna warna2 macam tu.
~ Dinding. Setiap bilik akan ada 4 sisi dinding kan. Jadi, dekat sini, kena pilih warna yang macam mana?
👉 Cadangan Anne > 1 desain 3 kosong. Desain ni, boleh pilih. Nak corak guna wallpaper ke, lukis ke, frame lukisan ke, atau warna kontra. Contohnya, dinding semua warna beige, jadi yang 1 lagi tu, gantung frame yang warna kontra. Biasanya dinding yang sesuai letak desain ni, adalah dinding dibelakang kepala katil / headrest.
Dan tolong pilih warna asas yang lembut-lembut sahaja untuk cat dinding. Warna pastel.
3. Langsir / tirai
Sekarang ini, macam2 pilihan ada. Tapiiiiii kena ingat ya. Bukan semua langsir sesuai letak dalam bilik tidur. Pilihan warna masih sama warna asas.
👉 Cadangan Anne > guna 2 lapis langsir. 1 lapisan Sheer Curtain; Wajib pilih putih. Dan 1 lagi langsir ikut tema bilik/tema rumah. Contoh; nak raya, langsir rumah tukar maroon, jadi pairkan langsir tema(maroon) dengan sheer curtain putih… cantik. Dan kebanyakan galeri, hanya guna langsir kosong. Tanpa bunga2 dan jenis kain berat. Sheer curtain pula, boleh pilih jenis kosong/ lace (kalau ada budget lebih).
4. Katil
Atas katil, ada apa?
Bantal > Bantal tidur 2/4 biji
Tilam > Alas Tilam, Cadar
Comforter/Selimut
Booster / Bantal kecil2*
Tahu tak, dekat galeri, minimum kami guna 2 set cadar untuk satu katil. Sebab tu Nampak cantik je. Hehe.
👉 Cadangan Anne > Beli satu set lengkap Comforter+Cadar+Sarung bantal+Sarung Booster & Satu set cadar+sarung bantal. Dan comforter tu, pilih warna asas. Pernah dengar Duvet Cover? Jadi beli je duvet cover untuk set seterusnya. Sebab cadar kena tukar minimum sebulan 2 kali. Maka, pastikan awak ada pelbagai set cadar untuk ditukar ganti.
Dekat setiap gambar Anne ada detailkan dia buat macam mana.
👉 Dan akhir sekali, Permaidani / Karpet
Pilih nak letak mana, ukur. Baru pergi beli. Jangan main beli je ok. Paling penting. Pilih warna asas. Nak beli merah boleh je. Tapi nanti tak jadi tema galeri. Hehe. Okay?
Klik setiap gambar untuk explaination detail. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan Selamat Berjaya.
Anne Aziz
Perunding Hartanah Kegemaran Awak
#Therumahjdt #tipshiasrumah
*Warna asas > Putih & tone putih, Hitam & tone kelabu, warna2 kayu.
Comments
Post a Comment