Rumah Vs Kereta

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera 

Banyak perdebatan antara rumah dahulu atau kereta dahulu 
"anak muda perlu beli rumah dahulu" 
"beli rumah untuk sewakan"
"rumah pertama bukan rumah impian"
"susah dahulu naik pengankutan awam, tapi rumah banyak" 
"buat apa beli rumah, rumah mak ada" 
"kereta lagi penting, boleh bawa balik kampung" 
dan pelbagai lagi.... 

Pertamanya, 
bukan soal dia atau mereka atau mahu ditayang kepada siapa. 
persoalan utama yang perlu kita tahu, KENAPA? 
kenapa nak beli rumah dahulu?
kenapa pejuang hartanah nasihat suruh beli rumah dahulu? 

'Kenapa' ini yang perlu kita tahu dan tanya kepada diri sendiri. 

Kenapa nak beli rumah dulu baru beli kereta? 
  1. Sudah ada kereta (kepunyaan orang lain yang boleh dipakai)
  2. Tempat kerja menyediakan pengankutan/berhampiran dengan rumah/kemudahan awam untuk ke tempat kerja sangat memuaskan. 
  3. Kawasan tempat tinggal dan kemudahan pengankutan awam di kawasan tempat tinggal sangat baik. 
  4. Tidak keperluan untuk kereta kerana lebih selesa dengan motor.
ini antara alasan kenapa orang memilih membeli rumah dahulu sebelum kereta. 
(saya pilih kereta v rumah sebab ramai yang tanya) 

Kenapa beli kereta dulu baru rumah? 
ini sejenis saya_jujur saya beli kereta dulu, rumah tumpang rumah mak lagi... hehe 
jadi alasan dibawah adalah alasan peribadi. 
  1. Sebab tempat kerja jauh dan jem teruk (jarak 25km tapi masa pejalanan hampir 1jam) 
  2. Sebab ada elaun pengankutan _ tapi kalau naik bas, kena tunggu sejam dan perlu tukar bas sebanyak dua kali. 
  3. Kereta yang ada , adalah kereta manual dan banyak pula ragamnya. 
jadi, mengambil kira elaun (RM200) saya tambah lagi RM200 dapatlah saya membeli axia auto dengan bayaran bulanan dia RM3++, TAPIIIIIII 
haruslah diingatkan, membeli kereta ianya datang dengan pakej (1+1+3+1) iaitu bayaran bulanan kepada bank+minyak bulanan+service setiap tiga bulan dan cukai jalan+insuran setiap tahun. 

jadi dimana kelebihan membeli kereta sebelum rumah kepada diri saya? 
kelebihannya, memudahkan urusan peribadi 
dan alhamdulillah setakat harini, saya boleh membayar ansuran bulanan tanpa culas. 

Secara peribadi, 
rumah atau kereta?
tanya lah diri sendiri. Yang penting hutang kena bayar.  











Comments

Popular posts from this blog

Pelan Nak Beli Rumah, Baca Ini Dulu (Siri 2)

TIPS HIAS RUMAH GAYA GALERI