Pelan Nak Beli Rumah, Baca Ini Dulu (Siri 2)
Hi Assalamualaikum. Masih ingat 3 poin yang lepas?
1. Bincang dengan Ahli Keluarga.
2. Belajar Urus Duit
3. Semak kelayakkan maximum pembelian
Jadi kali ini kita akan ke poin seterusnya,
4. Pilihan Lokasi yang hendak dibeli
Jika sudah berkeluarga, pilih yang berdekatan dengan tempat isteri bekerja. Kenapa? Sebab isteri perlu lebih rehat untuk mengurus keluarga. Jika isteri kerja jauh, isteri akan lebih cepat penat. Jadi biarlah suami gagah perkasa berkorban jauh sedikit. Selain itu, perlu juga difikirkan tentang konsep 5 tahun. Anne ada terangkan di post yang ini > https://therumahjdt.blogspot.com/2020/05/rumah-beli-atau-sewa-sahaja.html. Kenapa tempoh 5 tahun perancangan kita ambil kira semuanya Anne ada jelaskan disitu.
5. Rumah Baru? Atau Subsale?
Terdapat pelbagai pilihan rumah yang awak boleh pilih. Ada rumah yang masih dibina, ada yang baru sahaja diberi kunci dan ada juga yang dijual orang pemilik lama. Rumah-rumah ini, ada sahaja peminatnya. Contoh nya, Sifu Ir Ajak hobinya rumah busuk aka rumah buruk/lelong dan beliau beli dan cantikkan semula. Semua ini memerlukan kos dan perancangan yang baik. Sekiranya membeli hartanah dalam pasaran kedua (Subsale), pastinya kos baik pulih perlu diambikira. Dan jika membeli hartanah yang masih dalam pembinaan, kos bayaran interest dan kos menanti juga akan terlibat sama. Jadi pilih elok-elok.
6. Bukan semua orang kena jadi pelabur hartanah
Jika awak masih baru dalam bidang hartanah, adalah lebih baik untuk timba ilmu sebanyaknya. Berguru dengan guru yang dikenali orang serta beretika. Ada pelbagai kes rumah terpaksa dilelong kerana ajaran ‘sesat’ sifu yang ajar pelabur baru untuk melabur sekali banyak. Bukan macam itu caranya. Awak kena belajar cara urus asset dan mulakanlah dari keci; bila dah tahu itu lain ceritanya.
7. Tentukan motif pembelian.
Samaada untuk duduk sendiri atau nanti dijadikan rumah sewa, atau terus disewakan kepada orang, semua ini terletak kepada motif pembelian sesuatu hartanah. Sebagai contoh, rumah dikawasan bandar, dibeli untuk tinggal sekarang dan mungkin satu hari nanti, apabila sudah pen cen, rumah tersebut boleh disewakan dengan kadar yang baik kerana lokasinya di bandar.
Contoh lain, pembelian untuk pelaburan semata-mata, pembeli perlu pastikan lokasi rumah tersebut terdapat permintaan untuk sewa yang tinggi. Kehadiran universiti atau aktiviti ekomoni seperti kilang boleh dijadikan justifikasi untuk kes ini.
Ok untuk hari ini, Anne tambah 4 dahulu. Nanti Anne sambung. Haaa kalau nak semak kelayakkan beli rumah dulu, jom whatsapp Anne. Percuma saja. Jangan risau. Tekan je link kat bawah. Nanti Anne tolong awak semak dulu.
www.wasap.my/+60177388698/naksemakkelayakkan
www.wasap.my/+60177388698/naksemakkelayakkan
Jaga diri baik-baik. #DudukRumah #KitaJagaKita #LawanCovid #KitaMestiMenang
Anne Aziz
Perunding Hartanah Kegemaran Awak
#OrangTenangMenang
#therumahjdt #BacaanPKP #CeritaRumahAwak

Comments
Post a Comment