Pelan Nak Beli Rumah, Baca Ini Dulu (Siri 1)

Hi Assalamualaikum, Hari ini Anne nak kongsi beberapa perkara perlu awak buat sebelum membeli rumah. Sebab beli rumah ini melibatkan komitmen selama 30/35 tahun. Jadi perlunya awak buat timbang-tara yang baik sebelum memulakan proses pembelian.
Ada banyak bahagian sebenarnya, tapi Anne nak fokuskan kepada bahagian sebelum membeli. Maksudnya, sebelum awak letak booking fees/wang pendahuluan.
.
Sebelum itu, Anne kenalkan diri sikit, Anne lepas grad terus kerja dalam bidang hartanah, fokus di Johor Bahru. Kebanyakkan kes Anne adalah melibatkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan orang Singapura (IC Merah).
.
Jadi jom kita mula.
.
1. Bincang dengan Ahli Keluarga.
Awak kena bincang dengan famili, isteri atau suami dan adik-beradik. Kenapa? Sebab diaorang adalah orang yang dekat dengan awak. Contohnya, Isteri cakap tak payah beli dulu. Awak boleh tanya dia, kenapa. Apa sebab yang munasabah dan sebagainya. Kadang kita rasa, macam dah ok untuk beli rumah tapi mungkin famili ada pelan lain dan sebagainya. Kena ambil tahu semua ini. Sebab bila dah mulakan pembelian(Bayar Wang Pendahuluan), ada keadaan wang tersebut hangus semua atau hanya dipulangan separuh. Awak akan rugi.
.
2. Belajar Urus Duit
Kena uruskan duit betul-betul. Urus aliran duit kemana dan kemana. Contohnya, Awak rancang nak beli rumah harga RM300,000. Bulanan kurang lebih RM1,300. Ini kalau awak boleh ambil tempoh maximum. Maka, dari awal rancang, dah kena latih untuk ketepikan RM1,500 untuk kos bayar bulanan rumah tersebut. Kenapa ada extra RM200? Sebagai Latihan, bil eletrik,air dan lain-lain. Kalau belum beli kereta, lebih baik tunggu lepas beli rumah baru beli kereta. Atau pun beli saja kereta yang bulanannya rendah. Supaya pinjaman awak mudah lepas. Kalau terlalu banyak sangat komitment pun, pinjaman susah nak lepas.
.
3. Semak kelayakkan maximum pembelian
Untuk yang item no 3, awak kena semak dahulu kelayakkan. Sebagai contoh, untuk tangga gaji bawah RM5,000 sebulan, maximum pinjaman yang boleh dibuat hanya 60% iaitu RM3,000 sahaja. Jadi dengan RM3,000 ini, jika awak sudah mempunyai pinjaman kereta sebanyak RM900, maka baki hanya tinggal Rm2,100. Jadi sekiranya awak pilih rumah yang berharga lebih kurang RM300,000 Insyallah pinjaman boleh lulus, dengan syarat rekod CCRIS awak cantik.
.
Ok itu dulu untuk hari ini, Anne kongsi 3 dahulu. Nanti Anne sambung. Haaa kalau nak semak kelayakkan dulu, jom whatsapp Anne. Percuma saja. Jangan risau. Tekan je link kat bawah. Nanti Anne tolong awak semak dulu.
.
www.wasap.my/+60177388698/naksemakkelayakkan
www.wasap.my/+60177388698/naksemakkelayakkan
Jaga diri baik-baik.
#DudukRumah #KitaJagaKita #LawanCovid #KitaMestiMenang
Anne Aziz
Perunding Hartanah Kegemaran Awak
#OrangTenangMenang
#therumahjdt #BacaanPKP

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Vs Kereta

Pelan Nak Beli Rumah, Baca Ini Dulu (Siri 2)

TIPS HIAS RUMAH GAYA GALERI